Sign In
Skip Navigation LinksFGV EP Portal > Informasi
Informasi

Procurehere - "Onboarding" Pembekal FGV

"Onboarding" Pembekal FGV untuk Sistem Procurehere
Maklumat Tambahan:

​Manual Pendaftaran Pembekal

Salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa kami akan menggunakan Procurehere™ sebagai platform perolehan rasmi FGV bermula 31 Mei 2019. Platform ini berfungsi sebagai medan untuk pembekal menghantar maklumat dan berkomunikasi dengan pihak perolehan.

Terdapat 3 langkah penting untuk berdaftar sebagai pembekal. Sila rujuk arahan dibawah untuk maklumat lanjut.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Sekian,

Bahagian Perolehan, FGV Holdings Bhd

Langkah 1: Pengaktifan Email Pembekal

Anda akan menerima email pengaktifan dari pihak Procurehere™ untuk memulakan pendaftaran sebagai pembekal pada 27 Mei 2019. Kami akan memberikan anda id daftar masuk dan kata laluan. Sila tekan pautan yang tertera dalam email pengaktifan untuk melengkapkan profil pembekal anda.

Langkah 2: Manual Pendaftaran Pembekal

Sila tekan pautan di bawah untuk memuat turun manual pendaftaran pembekal. Anda hanya boleh melengkapkan profil pembekal setelah anda menerima email pengaktifan dari Procurehere™.

Tekan pautan berikut untuk memuat turun manual  https://drive.google.com/open?id=1tssONXzi1swBV41JuyNVi2RtpcGmq5z3

Sila cetak manual pendaftaran pembekal untuk sebarang sesi latihan akan datang.

Langkah 3: Sesi Latihan di Wisma FGV

Kami menyediakan sesi latihan untuk pembekal yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform Procurehere™. Untuk menyertai sesi latihan tersebut, sila tekan pautan yang tertera untuk mengisi borang pendaftaran.

Sila tekan pautan dan memilih tarikh latihan - https://forms.gle/PilihTarikhSesiLatihan

Anda hanya boleh mengisi borang ini sekali sahaja. Sekiranya slot yang anda kehendaki telah penuh, anda akan dimasukkan dalam senarai menunggu. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat sebarang kekosongan.